Pekerja kedai didakwa gagal beri penjelasan wang dalam akaun lebih RM100,000

Iklan
Tertuduh, Muhamad Fadzli Wahab, 48, ketika dihadapkan ke Majistret Sungai Petani pada Isnin.

SUNGAI PETANI - Seorang pekerja kedai makan mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Majistret di sini atas 55 pertuduhan gagal beri penjelasan membabitkan wang dalam akaun lebih RM100,000 pada Isnin.

Pengakuan itu dibuat tertuduh, Muhamad Fadzli Wahab, 48, di hadapan Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi dan Majistret Noor Farah Hazwani Osman.

Iklan
Iklan

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa semasa berada di mesin CDM Maybank Taman Ria Jaya, didapati dalam milikan akaun miliknya wang berjumlah antara RM800 hingga RM5,000 yang boleh secara munasabah disyaki telah diperoleh secara curang dari pemiliknya.

Tertuduh gagal beri penjelasan yang memuaskan sebagaimana satu kesalahan yang boleh dihukum bawah Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955.

Iklan

Perbuatan itu dilakukan antara 16 Februari 2023 hingga 26 Jun 2025 di mana jumlah keseluruhan wang dalam milikan akaun tertuduh kira-kira RM107,440.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali.

Iklan

Tertuduh, Muhamad Fadzli Wahab, 48, ketika dihadapkan ke Majistret Sungai Petani pada Isnin.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Hazwani Md Noor dan Adlin Sufiya Kamaruzzaman sementara tertuduh diwakili Peguam Audrey Wee Li Ye.

Dalam rayuannya, pihak pembelaan memohon agar anak guam diberi jaminan yang rendah memandangkan hanya menerima upah RM50 sehari dan masih menyara tiga anak bersekolah berusia 10 hingga 17 tahun.

Dia juga dikatakan telah memberikan kerjasama baik sepanjang siasatan dijalankan pihak polis dan tiada rekod lampau.

Mahkamah kemudian memberi jaminan keseluruhan sebanyak RM29,000 dengan seorang penjamin.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 27 September 2026.