20 lelaki warga China direman bantu siasatan kes ‘love scam'

Iklan
20 lelaki warga China direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung Love Scam.

GEORGE TOWN – Seramai 20 lelaki warga China berusia antara 19 hingga 41 tahun direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung kegiatan sindiket penipuan ‘love scam’ yang menyasarkan mangsa dari negara itu.

Perintah reman terhadap semua suspek dikeluarkan Majistret Nurhanisah S H Sahul Hamid di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin.

Iklan
Iklan

Kesemua suspek ditahan dalam serbuan di sebuah rumah tiga tingkat di Batu Feringgi kira-kira jam 7.05 malam Ahad.

Sumber berkata, sindiket berkenaan dipercayai menggunakan aplikasi Telegram bagi menjalankan urusan penipuan terhadap mangsa.

Iklan

“Kesemua suspek kini direman bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.

Kesemua suspek diwakili peguam Cheah Eng Soon.

Iklan

Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti modus operandi sindiket serta jumlah kerugian yang dialami mangsa.