10 kawasan di 4 negeri catat IPU tidak sihat pagi ini

Iklan
Tinjauan di sekitar Kuching mendapati bandar raya tersebut diselubungi jerebu dengan bacaan IPU 176 - Foto: Bernama

KUALA LUMPUR - Sebanyak 10 kawasan di empat negeri merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 10 pagi ini, dengan Serian, Sarawak mencatatkan bacaan tertinggi hampir mencecah kategori sangat tidak sihat.

Menurut data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), Sarawak menjadi negeri paling terjejas apabila lima kawasan merekodkan bacaan melebihi 100, antaranya Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian dengan IPU 194.

Iklan
Iklan

Kawasan lain di negeri itu yang turut mencatatkan kualiti udara tidak sihat ialah Kuching (176), Samarahan (172), Sri Aman (158) dan Bintulu (125).

Lima lagi kawasan yang merekodkan tahap IPU tidak sihat ialah Johan Setia (160) dan Kuala Selangor (101) di Selangor, Sungai Petani (155) dan Alor Setar (152) di Kedah serta Minden, Pulau Pinang (130).

Iklan

Selain itu, 58 kawasan di seluruh negara merekodkan kualiti udara pada tahap sederhana, manakala tiada kawasan mencatatkan bacaan baik, sangat tidak sihat atau berbahaya setakat pagi ini.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.

Iklan

Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan rekod catatan di 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.- Bernama