Letupan bom: Rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan ke Selatan Thailand

Iklan
Mohd Yusoff (tengah) semasa sidang akhbar Pelupusan Barang Kes Melibatkan Dadah di IPK Kelantan, pada Ahad.

KOTA BHARU - Polis Kelantan menasihatkan rakyat Malaysia terutama penduduk di negeri ini agar menangguhkan sementara waktu perjalanan ke negara jiran susulan 51 kejadian letupan bom dilaporkan berlaku di tiga daerah di Selatan Thailand pada malam Sabtu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, apa yang berlaku di sana perlu diberi perhatian serius ini kerana insiden keganasan dilaporkan berlaku hampir setiap hari.

Iklan
Iklan

"Jadi, saya nasihatkan mereka untuk tidak masuk ke Hatyai sebab ada 51 kejadian (letupan) yang berlaku di Selatan Thailand malam tadi," katanya semasa sidang akhbar Pelupusan Barang Kes Melibatkan Dadah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Ahad.

Media melaporkan, Selatan Thailand kembali bergolak apabila 51 insiden keganasan berlaku secara serentak membabitkan Narathiwat, Yala dan Pattani dalam tempoh hampir dua jam, pada malam Sabtu.

Iklan

Serangan yang dipercayai didalangi kumpulan pemisah itu merangkumi pengeboman, pembakaran pejabat dan kenderaan kerajaan, letupan menara telekomunikasi, rompakan, letupan kedai serbaneka serta pembakaran tayar.

Dalam perkembangan sama, ujar Mohd Yusoff, rakyat Malaysia yang memasuki Thailand diingatkan agar memberi perhatian kepada peningkatan operasi penguatkuasaan pihak berkuasa negara itu, khususnya membabitkan kesalahan trafik.

Iklan

"Pihak berkuasa mereka sedang mencari kes terutama melibatkan kesalahan-kesalahan trafik. Mereka akan saman semua kenderaan daripada Malaysia yang tidak mematuhi peraturan negara mereka," katanya.