KUALA LUMPUR - Polis telah merakamkan keterangan 92 saksi bagi membantu siasatan kes kematian seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun di sebuah rumah di Setapak di sini, Selasa lepas.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 507B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju susulan laporan polis kedua yang dibuat oleh ibu pelajar itu, sehari selepas kejadian terbabit.
Fadil turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Baldev Singh Gurdial Singh melalui talian 0392899222 atau 0124806062 bagi membantu siasatan.
Selain itu, maklumat boleh disalurkan menerusi Hotline Polis Kuala Lumpur 0321159999 atau tampil di mana-mana balai polis berhampiran.- Bernama