KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Lelaki warga Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Pakistan dalam serbuan ke atas pusat panggilan penipuan di Islamabad baru-baru ini, telah dibebaskan dan selamat pulang ke tanah air.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, JSJK akan merakam keterangan lelaki berusia 32 tahun itu bagi membantu siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut.