MANILA - Dua individu maut manakala seorang lagi cedera pada Khamis selepas sekumpulan lelaki bersenjata yang tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah kenderaan mereka di Pulau Mindanao, selatan Filipina, menurut laporan media tempatan pada Sabtu, lapor Xinhua.
Insiden tembakan itu berlaku di wilayah Maguindanao del Sur.
Mangsa dalam perjalanan ke Cotabato City apabila suspek yang menaiki motosikal melepaskan tembakan ke arah mereka di bandar Datu Saudi Ampatuan, menurut media tempatan GMA News yang memetik Pejabat Polis Wilayah di wilayah Bangsamoro.
Pemandu berusia 56 tahun dan rakannya yang berusia 40 tahun maut di tempat kejadian, manakala seorang buruh yang turut bersama mereka dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.
Polis sedang menyiasat kejadian itu. - Bernama-Xinhua