SPRM teliti aduan campuran kargo petroleum

Iklan
SPRM sedang meneliti kebimbangan berkaitan dakwaan pencampuran atau penggabungan kargo petroleum sebelum sebarang tindakan susulan diambil - Gambar hiasan

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kebimbangan berkaitan dakwaan pencampuran atau penggabungan kargo petroleum sedang diteliti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum sebarang tindakan susulan diambil.

Sumber memaklumkan, pihak SPRM menyedari isu berkenaan dan perbincangan sedang berlangsung sebelum sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan.

Iklan
Iklan

Media pada 14 Ogos lalu melaporkan, White House Office of Trade and Manufacturing Policy menamakan Malaysia antara lebih 40 negara yang didakwa berisiko memudahkan pengelakan tarif menerusi rangkaian transshipment yang dikaitkan dengan China.

Laporan bertajuk The Great Transshipment Scam: Rise, Scope, and Costs itu meletakkan Malaysia dalam kategori Tier 2 bersama Brazil, Indonesia, Thailand, Turkiye dan Vietnam.

Iklan

Laporan berkenaan turut mendakwa pelabuhan laut dalam, hab pembuatan dan zon perdagangan bebas di Malaysia berpotensi digunakan sebagai laluan untuk mengalihkan barangan dari China bagi mengelakkan tarif Amerika Syarikat.

Ia turut menyorot Koridor Perindustrian Penang-Kulim dan Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang sebagai kawasan yang perlu diberi perhatian.

Iklan

Dalam pada itu, Jeyenderan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Maritime Network Sdn Bhd sebelum ini mendakwa hampir dua bulan berlalu sejak laporan dibuat pada 5 Jun lalu tanpa sebarang maklum balas bertulis rasmi mengenai status laporan atau agensi yang bertanggungjawab mengendalikannya.

Dalam surat kepada Abdul Halim, Jeyenderan berkata syarikatnya telah mengemukakan dokumen dan maklumat kepada pihak berkuasa berkaitan, menghadiri mesyuarat serta memberikan penjelasan apabila diminta.

Beliau turut meminta pendirian jelas mengenai pengendalian operasi kargo petroleum terbabit termasuk aktiviti yang boleh diteruskan, perlu digantung serta agensi yang bertanggungjawab membuat keputusan mengenainya.

Menurutnya, isu berkenaan melangkaui pertikaian komersial kerana berpotensi menjejaskan integriti dan kebolehkesanan (traceability) kargo petroleum, pematuhan peraturan, hasil kerajaan serta akauntabiliti dalam rantaian bekalan.

Beliau berkata, syarikatnya tidak meminta maklumat sulit berkaitan sebarang siasatan sebaliknya hanya mahukan kejelasan mengenai status laporan dan hala tuju seterusnya.