'Macam kembar, tidak sangka meninggal dunia pun bersama'
Iklan
Muhammad Saiful Haider dan Muhammad Saiful Hayyan sangat akrab sehingga sering dianggap seperti kembar walaupun berbeza usia empat tahun.
PASIR MAS -"Dua beradik ini macam kembar, tidak sangka meninggal dunia pun bersama."
Demikian kata Saiful Nizam Abdul Sani, 42, bapa kepada dua kanak-kanak yang maut dalam kemalangan motosikal di Kampung Bechah, Tendong di sini pada Khamis.
Iklan
Iklan
Saiful Nizam berkata, anak ketiga dan keempat daripada lima beradik itu, Muhammad Saiful Haider Saiful Nizam, 10, dan Muhammad Saiful Hayyan, 6, sangat akrab sehingga sering dianggap seperti kembar walaupun berbeza usia empat tahun.
Menurutnya, pada hari kejadian, Muhammad Saiful Hayyan bersungguh-sungguh mahu mengikut abang sulungnya, Muhammad Saiful Haikal, 18, untuk mengambil Muhammad Saiful Haider dari sekolah walaupun isterinya tidak membenarkan.
Iklan
"Dia tidak sabar untuk berkongsi makanan dibawa pulang dari majlis akhir tahun tabika untuk abangnya yang memang suka makan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gaung di sini pada Jumaat.
Jenazah dua beradik dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gaung, Pasir Mas pada Jumaat.
Iklan
Dalam kejadian itu, kedua-dua kanak-kanak berkenaan maut selepas motosikal dinaiki bersama abang sulung mereka dipercayai terbabas sebelum bergesel dengan tiang lampu dan melanggar lubang di tepi jalan.
Muhammad Saiful Haider disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala Muhammad Saiful Hayyan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II). Muhammad Saiful Haikal pula mengalami kecederaan.
Saiful Nizam berkata, kedua-dua anaknya itu sangat rapat dan sering bersama-sama tidak kira ke mana sahaja mereka pergi.
Saiful Nizam duduk melihat pusara dua anak lelakinya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gaung, Pasir Mas pada Jumaat.
Dalam pada itu, beliau turut melahirkan rasa kesal apabila mengetahui hanya anak sulungnya memakai topi keledar ketika kejadian.
"Saya anggap ini satu pengajaran...topi keledar itu penting. Mungkin silap saya," katanya menahan sebak.
Menceritakan kembali pada hari kejadian, Saiful Nizam memberitahu kebiasaannya dia yang akan mengambil anak-anaknya pulang dari sekolah.
Bagaimanapun, pada hari tersebut, beliau meminta Muhammad Saiful Haikal mengambil adik-adiknya kerana anak sulungnya yang belajar di sebuah kolej di Kota Bharu mempunyai kelas pada sebelah petang.
Pihak-pihak yang kecoh berhubung dakwaan kebocoran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan, termasuk UMNO dan Pas, perlu memahami undang-undang kerana dokumen berkenaan sudah dinyahklasifikasikan, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminnuraliff Mohd Zoki.
Bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua berkata, beliau berpandangan tiada keperluan untuk siasatan dijalankan terhadap hantaran Facebook yang memaparkan beberapa muka surat minit mesyuarat Lembaga Pengampunan berkaitan isu tahanan rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806356/berita/semasa/umno-pas-perlu-fahami-undang-undang-dokumen-sudah-dinyahklasifikasikan---tony-pua
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.