[VIDEO] Rundingan BN-PN: Jasa Pas di Johor, Negeri Sembilan perlu diambil kira - Abdul Hadi

Iklan

BATU PAHAT – Jasa dan peranan Pas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor serta Negeri Sembilan perlu diambil kira dalam kerjasama Perikatan Nasional (PN) pada PRN Melaka tidak lama lagi.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, semua faktor perlu dipertimbangkan dalam rundingan bersama Barisan Nasional (BN) yang kini masih berlangsung.

Iklan
Iklan

“Semua kena ambil kira. Kedudukan dengan BN kita kena ambil kira. Ada peranan masing-masing.

“Rundingan terus berjalan sehingga hari ini. Alhamdulilah setakat ini segalanya positif," katanya pada Konvesyan Pas Johor di Dewan Muafakat Ayer Hitam, di sini pada Sabtu.

Iklan

Hadir sama, Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed dan Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam, Datuk Samsolbari Jamali.

Abdul Hadi (depan, lima dari kiri) ketika perasmian Konvensyen Pas Johor di Dewan Muafakat Ayer Hitam, Batu Pahat.

Iklan

Abdul Hadi berkata demikian ketika ditanya sama ada jasa Pas di Johor dan Negeri Sembilan perlu menjadi pertimbangan dalam kerjasama BN- PN pada PRN Melaka.

Untuk rekod, BN dan PN menjalinkan persefahaman dalam PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos lalu yang menyaksikan gabungan itu berjaya membentuk kerajaan selepas memenangi 25 daripada 36 kerusi DUN.

PRN Negeri Sembilan menyaksikan BN berjaya memenangi 18 kerusi manakala PN yang diwakili PAS dan Wawasan berjaya menawan lapan kerusi.

Manakala pada PRN Johor, Julai lalu, Pas menggesa pengundi tidak memberikan undi Pakatan Harapan (PH) termasuk di kerusi yang menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Barisan Nasional (BN) dan PH.

Pada PRN Johor, PN bertanding di 33 kerusi DUN, dengan Bersatu diperuntukkan 16 kerusi, diikuti PAS (11), MIPP (lima) dan Pejuang (satu), namun kesemua calon yang bertanding gagal memenangi kerusi masing-masing.

Dalam pada itu, Abdul Hadi mempersoalkan mengapa isu berkaitan Tabung Haji hanya disiasat sekarang sedangkan perkara berkenaan sudah lama dibangkitkan.

Beliau berkata, tindakan berkenaan dilihat berlaku ketika negara menghampiri pilihan raya, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai masa siasatan dijalankan.

“Mengapa sekarang baru disiasat? Dekat PRN baru disebut, dekat PRN Negeri Sembilan baru disebut. Lepas ini nak pilihan raya umum pula, lama sangat,” katanya.

Beliau menegaskan, tindakan perlu dilakukan secara menyeluruh dan tidak hanya menumpukan kepada Tabung Haji.