Penduduk Palestin dikepung pelampau Yahudi kini kebuluran

Iklan
Tentera Israel yang tiba minggu lalu dengan alasan mahu mengusir kumpulan ekstremis itu didakwa sekadar bersandiwara bagi mengaburi mata masyarakat antarabangsa. - Foto Agensi

RAMALLAH - Penduduk Palestin di Tebing Barat yang terperangkap di kediaman mereka akibat dikepung pelampau Yahudi kini kehabisan bekalan makanan.

Keadaan itu semakin buruk selepas rejim Zionis turut menghalang penghantaran makanan buat mereka.

Iklan
Iklan

Kepungan ke atas tiga buah rumah didiami 15 individu di kawasan Ras al-Ain di Qusra, selatan Nablus telah berlarutan selama hampir dua minggu.

"Kami kini kebuluran. Majlis perbandaran cuba menghantar makanan kepada kami, namun dihalang tentera Israel. Makanan dihantar staf agensi bantuan antarabangsa beberapa lalu juga sudah rosak," kata salah seorang mangsa, Aisha Hassan pada Khamis.

Iklan

Tentera Israel yang tiba minggu lalu dengan alasan mahu mengusir kumpulan ekstremis itu didakwa sekadar bersandiwara bagi mengaburi mata masyarakat antarabangsa.

Sementara itu, Ruqaya Hassan berkata, kepungan itu amat sukar buat dua anak perempuannya yang masih kecil sehingga mereka mengalami masalah kencing malam.

Iklan

"Saya menggesa masyarakat antarabangsa campur tangan bagi menghentikan projek pembinaan penempatan haram Yahudi dan serangan ganas didalangi puak pelampau dan tentera Israel," ujarnya. - Agensi