BANGI - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan menunggu laporan lengkap Pasukan Petugas Khas yang menyiasat isu pengurusan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) sebelum membuat sebarang pengumuman rasmi.
Beliau berkata, pasukan petugas khas itu telah memulakan tugas dan dapatan siasatan dijangka dibentangkan dalam masa terdekat.