Terengganu harap pemotongan hutang kepada kerajaan dipertimbang
Iklan
Ahmad Samsuri
KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri Terengganu berharap pemotongan 25 peratus hutang kerajaan negeri menerusi royalti minyak atau Wang Tunai Petroleum (WTP) dipertimbangkan semula oleh kerajaan Persekutuan.
Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ia bagi membolehkan kerajaan negeri memberi tumpuan yang lebih khusus kepada keperluan rakyat negeri ini terutama ketika menghadapi kesan penularan pandemik Covid-19.
Iklan
Iklan
"Saya telah pun membuat permohonan kepada Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) supaya dibuat pertimbangan (pemotongan) wang royalti ini kerana banyak agenda yang akan tergendala ditambah pula dengan suasana Covid-19 ini yang memerlukan perhatian khusus terhadap keperluan rakyat Terengganu,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa menjadi tetamu dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV bertajuk ‘Terengganu Lening’ di Wisma Bernama di Kuala Lumpur, semalam.
Iklan
Ahmad Samsuri berkata, sejak Mei 2018 kerajaan negeri yang menerima lima peratus WTP dari kerajaan Persekutuan telah membayar hutang berjumlah kira-kira RM400 juta, melalui pemotongan WTP yang diterima dua kali setahun.
"Ini menyebabkan kita (Terengganu) hanya tinggal dalam RM300 juta lebih lagi hutang kepada Kerajaan Persekutuan dan sekiranya dibuat pembayaran dalam masa setahun dua atau dua tiga tahun ini, Terengganu akan muncul sebagai satu-satunya negeri di Malaysia yang tidak ada hutang langsung kepada kerajaan Persekutuan,” katanya.
Iklan
Dalam pada itu Ahmad Samsuri mengakui pihaknya menjangkakan akan menerima WTP dengan pengurangan jumlah yang agak ketara berbanding sebelum ini, berikutan penurunan harga minyak dunia.
"Kami harapkan suku ketiga tahun ini (harga minyak) akan lebih positif jadi kalau itu boleh berlaku dengan terimaan WTP (yang lebih tinggi) kami mampu lakukan sesuatu untuk Terengganu,” katanya.
Tahun lepas, kerajaan negeri menerima RM1.277 bilion WTP dari kerajaan Persekutuan yang dibayar secara berperingkat mulai Januari hingga September. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal" /><meta itemprop="description" content="Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal
#SinarHarian #beritasemasa #pelupusansampah terbakar #kualaterengganu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-04T10:14:25.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WEqm61cDWg1raoGSA/x120" /><meta itemprop="duration" content="P104S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xyarq" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xyarq"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Peniaga kongsi rezeki jual siakap 70 sen seekor" /><meta itemprop="description" content="Peniaga kongsi rezeki jual siakap 70 sen seekor
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Peniaga hasil laut di Kampung Batu Hampar dekat Manir di sini berkongsi rezeki bersama pelanggan dengan menjual sebanyak 4,000 ikan siakap pada harga 70 sen setiap seekor, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim
Sabran Muzaffar Semlee, 28, berkata, jualan murah itu dilakukan bagi membantu golongan kurang berkemampuan untuk sama-sama menikmati sumber protein tersebut.
Menurutnya, gerai jualan itu mula diserbu seawal jam 6.30 pagi oleh pelanggan yang ingin mendapatkan harga yang ditawarkan RM2 bagi tiga ekor ikan.
Sabran Muzaffar berkata, jualan tersebut akan diteruskan pada masa akan datang sekiranya sambutan diterima memberangsangkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662802/Peniaga-kongsi-rezeki-jual-siakap-70-sen-seekor
#SinarHarian #beritasemasa #siakap70sen #kualaterengganu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-04T08:36:07.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WEp8C1cDVDt67F3Pk/x120" /><meta itemprop="duration" content="P191S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xy5n0" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xy5n0"></script>