KUALA LUMPUR - Keadaan seorang wanita yang terlibat dalam kemalangan tragis dengan sebuah lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ketika berjalan kaki bersama keluarganya di persimpangan Maju Junction, Jalan Sultan Ismail di sini kini berada dalam keadaan stabil pada Khamis.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali berkata, wanita berusia 55 tahun itu masih lagi menerima rawatan di zon kuning Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Katanya, pihaknya akan mengambil keterangan wanita terbabit selepas keadaannya pulih untuk tindakan lanjut.
"Seorang lagi mangsa iaitu isteri kepada mangsa lelaki serta ibu kepada kedua-dua mangsa yang meninggal dunia mengalami kecederaan dan kini masih lagi menerima rawatan di zon kuning HKL.
Turut hadir, Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa.
Pada Khamis Sinar Harian melaporkan pemandu lori JIM berusia 43 tahun terbabit mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
ARTIKEL BERKAITAN: Tiga sekeluarga maut dilanggar lori imigresen
Anwar arah JIM siasat segera kemalangan lori imigresen
Tiga maut dilanggar lori imigresen: JIM serah siasatan kepada polis
Tiga sekeluarga maut asal Perak, dipercayai sedang bercuti di KL
Tiga beranak maut: JIM laksana siasatan dalaman aspek pematuhan prosedur pengoperasian kenderaan
Tiga maut dilanggar lori imigresen: Polis tahan pemandu lori, pemandu kereta
Tiga maut dilanggar lori imigresen: Identiti mangsa dikenal pasti - Polis
Tiga maut dilanggar lori imigresen: Mangsa berada di kawasan selamat sebelum dirempuh - Polis
Tertuduh, Mohd Akbar Zainol, 43, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Aliaa Anwar di Mahkamah Kuala Lumpur.
Dalam insiden kira-kira jam 1 pagi, Rabu, tiga sekeluarga maut selepas dilanggar lori JIM Kuala Lumpur yang dalam perjalanan dari Pejabat Imigresen Kuala Lumpur menuju ke Chow Kit bagi mengambil tangkapan warga asing.
Lori tersebut memasuki persimpangan ketika lampu isyarat di laluannya berwarna merah dengan lampu suar (beacon) dan siren diaktifkan.
Pada masa sama, sebuah kereta Proton Saga yang bergerak lurus ketika lampu isyarat hijau dipercayai tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan lori berkenaan, menyebabkan lori hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar empat pejalan kaki yang merupakan satu keluarga serta sebuah kereta Inokom Matrix.
Tiga mangsa berkenaan Shaik Mohd Firdaus Shaikh Yahya, 53, bersama dua anak perempuannya, Siti Nor Sazlin, 25, dan Siti Darwisyah Auni, 12.