Kes Rocky: Tiada perhimpunan, suasana mahkamah terkawal

Iklan
Suasana di Mahkamah Sesyen di sini pagi ini tenang dan terkawal tanpa sebarang gangguan, susulan prosiding berkaitan kes kematian anjing bernama ‘Rocky’.

KLANG - Suasana di Mahkamah Sesyen di sini pagi ini tenang dan terkawal tanpa sebarang gangguan, susulan prosiding berkaitan kes kematian anjing bernama ‘Rocky’.

Setakat jam 8 pagi, tiada sebarang perhimpunan atau tunjuk perasaan dikesan di kawasan mahkamah, manakala urusan orang ramai berjalan seperti biasa.

Iklan
Iklan

Keadaan itu selaras dengan nasihat Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar supaya orang ramai tidak menyertai sebarang perhimpunan berkaitan kes berkenaan dan memberi ruang kepada proses perundangan berjalan.

ARTIKEL BERKAITAN:Kertas siasatan kes kematian Rocky diserah kepada Timbalan Pendakwa Raya

Iklan

'Saya diugut, keluarga jadi sasaran selepas kematian anjing Rocky' -Muhammad Shah

Muhammad Shah kait kematian anjing 'Rocky' didakwa Khamis ini

Iklan

Kes anjing Rocky: Polis terima arahan pertuduhan daripada TPR

Kes Anjing Rocky: Jangan pecah keamanan, hadir dengan tertib -KP Selangor

Wanita didakwa pemilik Rocky turut dihadapkan ke mahkamah hari ini

Terdahulu, seorang lelaki berusia 24 tahun dan seorang wanita berusia 40-an yang dikatakan pemilik Rocky dijangka berdepan pertuduhan di dua mahkamah berasingan hari ini.

Pertuduhan dijadualkan dibacakan pada jam 9 pagi di hadapan Hakim, Mujib Saroji, manakala wanita berkenaan turut berdepan pertuduhan lain di hadapan Majistret, A Karthiyayini.

Kes kematian Rocky sebelum ini mencetuskan perhatian ramai selepas video berkaitan kejadian di Taman Telok Gedong Indah pada 29 Julai lalu tular di media sosial.

Pihak polis sebelum ini meminta semua pihak memberi ruang kepada siasatan dan proses perundangan serta tidak menjadikan kes berkenaan sebagai isu perkauman.