Tragedi tiga sekeluarga jadi pengajaran bersama

Iklan
Negara dikejutkan dengan tragedi yang meragut nyawa tiga sekeluarga, selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan kenderaan Jabatan Imigresen Malaysia yang sedang menjalankan tugas.

AWAL pagi kelmarin, negara dikejutkan dengan tragedi yang meragut nyawa tiga sekeluarga, manakala seorang lagi ahli keluarga mereka masih menerima rawatan di hospital selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan kenderaan Jabatan Imigresen Malaysia yang sedang menjalankan tugas rasmi.

Dalam saat penuh dukacita ini, bukan masanya untuk menuding jari atau menjatuhkan hukuman kepada mana-mana pihak.

Iklan
Iklan

Biarlah siasatan dijalankan secara telus dan menyeluruh oleh pihak berkuasa bagi menentukan punca sebenar kejadian serta pihak yang bertanggungjawab.

Yang pasti, tragedi ini benar-benar menyentuh hati masyarakat. Mangsa sekeluarga dikatakan berada dalam situasi sepatutnya selamat daripada sebarang kecelakaan. Namun sebagai manusia, kita hanya merancang, ALLAH SWT jualah sebaik-baik perancang.

Iklan

Lebih memilukan, kemalangan itu berlaku ketika kenderaan imigresen berkenaan dalam perjalanan mengambil suspek atau orang kena tangkap (OKT) selepas operasi dijalankan di sekitar Kuala Lumpur. Niatnya untuk melaksanakan tugas, tetapi takdir menentukan sebaliknya.

Jika masa boleh diputar semula, pasti ramai yang berharap keputusan atau tindakan berbeza dapat diambil bagi mengelakkan tragedi ini. Namun, perkara yang telah berlaku tidak boleh diubah. Yang lebih penting ialah mengambil iktibar agar kejadian sama tidak berulang.

Iklan

Siasatan awal polis mendapati kenderaan berkenaan dipercayai melanggar lampu isyarat merah walaupun siren dan lampu kecemasan dipasang ketika itu.

Merak Jalanan teringat pesan orang lama, bekerja dengan jujur dan ikhlas itu penting, tetapi keselamatan tidak boleh sesekali diketepikan.

Walau setinggi mana jawatan atau sebesar mana tanggungjawab yang dipikul, setiap tindakan perlu dibuat dengan cermat dan berhemah.