ATHENS - Pihak berkuasa Greece menahan seorang lelaki Israel kerana disyaki mencetuskan kebakaran hutan di Pulau Crete ketika negara itu berdepan peningkatan kebakaran bermusim yang meragut nyawa.
Pelaku berusia 35 tahun yang identitinya tidak didedahkan itu didakwa menyalakan barbeku di kawasan berhutan berhampiran bandar Rethimno di pantai utara Crete meskipun larangan membakar sedang berkuat kuasa di seluruh pulau berkenaan.