Wanita maut dibaham beruang

Iklan
Seekor beruang liar di Pergunungan Altai di Rusia mengheret seorang wanita berusia 29 tahun dari khemahnya ke dalam hutan dan membahamnya sehingga mati. Foto dpa

MOSCOW - Seekor beruang liar di Pergunungan Altai di Rusia mengheret seorang wanita berusia 29 tahun dari khemahnya ke dalam hutan dan membahamnya sehingga mati, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa) pada Rabu, memetik agensi berita Rusia TASS.

Serangan berlaku di tapak perkhemahan di kampung Artybash di selatan Rusia.

Iklan
Iklan

Teman lelakinya, yang sedang bercuti bersama mangsa, memberitahu media Rusia bahawa dia dan beberapa pekhemah yang lain telah cuba mengalih perhatian haiwan itu namun tidak berhasil.

Wanita berkenaan berasal dari Novosibirsk.

Iklan

Pihak berkuasa kini merancang untuk memperkenalkan perintah berkurung di kawasan itu, menurut laporan TASS.

Kawasan tersebut merupakan habitat kepada banyak beruang yang semakin mendekati manusia.

Iklan

Pertahanan awam Rusia memberi amaran kepada pelancong tentang bahaya yang sentiasa wujud.

Rusia, negara terbesar di dunia mengikut kawasan, mempunyai banyak beruang perang dan beruang kutub.

Kejadian serangan sering berlaku tetapi kes kematian jarang dilaporkan.

Pada pertengahan Julai, seekor beruang membunuh seorang lelaki berusia 62 tahun di wilayah Magadan di timur jauh Rusia, menurut media Rusia. - Bernama/dpa