KUALA LUMPUR - Jenazah tiga sekeluarga yang terlibat kemalangan dipercayai dilanggar lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Jalan Sultan Ismail di sini selesai dibedah siasat di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur di sini pada Rabu.
Tinjauan Sinar Harian mendapati ahli keluarga mangsa hadir dan kelihatan sebak ketika menunggu proses berkenaan selesai.
Tiga van jenazah milik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Sentuhan Setia Kasih dilihat memasuki pekarangan IPFN pada kira-kira jam 5.30 petang.
Van tersebut keluar membawa ketiga-tiga jenazah mangsa pada jam 5.45 petang.
Difahamkan, semua jenazah akan disolatkan terlebih dahulu di Masjid Jamiul Ehsan, Jalan Pahang di sini, sebelum dibawa ke Kampar, Perak.
ARTIKEL BERKAITAN: Tiga sekeluarga maut dilanggar lori imigresen
Anwar arah JIM siasat segera kemalangan lori imigresen
Tiga maut dilanggar lori imigresen: JIM serah siasatan kepada polis
Tiga sekeluarga maut asal Perak, dipercayai sedang bercuti di KL
Tiga beranak maut: JIM laksana siasatan dalaman aspek pematuhan prosedur pengoperasian kenderaan
Tiga maut dilanggar lori imigresen: Polis tahan pemandu lori, pemandu kereta
Tiga maut dilanggar lori imigresen: Identiti mangsa dikenal pasti - Polis
Tiga maut dilanggar lori imigresen: Mangsa berada di kawasan selamat sebelum dirempuh - Polis
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Air Hitam Labu, Kampar, Perak dalam satu liang lahad.
Insiden kira-kira jam 1 pagi di persimpangan Maju Junction itu menyebabkan Shaik Mohd Firdaus Shaikh Yahya, 53, bersama dua anak perempuannya, Siti Nor Sazlim, 25 dan Siti Darwisyah Auni, 12 maut di lokasi kejadian.
Seorang lagi mangsa iaitu Norhayati Razali, 55, merupakan isteri kepada Shaik Mohd Firdaus pula mengalami kecederaan dan kini sedang dirawat di HKL.