Saifuddin Nasution arah imigresen beri kerjasama penuh siasatan nahas tiga maut

Iklan
Saifuddin Nasution

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) diarah memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan nahas melibatkan lori jabatan itu yang meragut nyawa tiga sekeluarga awal pagi tadi.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia bagi memastikan segala fakta berkaitan insiden itu dapat dikenal pasti dan diperjelaskan.

Iklan
Iklan

"Sekiranya siasatan mendapati wujud kecuaian, salah laku atau pelanggaran undang-undang tindakan tegas hendaklah diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

Menzahirkan rasa amat dukacita atas tragedi itu, Saifuddin Nasution turut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa yang kehilangan insan tersayang.

Iklan

"Seluruh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan JIM mendoakan agar keluarga mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi saat yang amat sukar ini. Al-Fatihah," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga sekeluarga maut dilanggar lori imigresen

Iklan

Anwar arah JIM siasat segera kemalangan lori imigresen

Tiga maut dilanggar lori imigresen: JIM serah siasatan kepada polis

Tiga sekeluarga maut asal Perak, dipercayai sedang bercuti di KL

Tiga beranak maut: JIM laksana siasatan dalaman aspek pematuhan prosedur pengoperasian kenderaan

Tiga maut dilanggar lori imigresen: Polis tahan pemandu lori, pemandu kereta

Tiga maut dilanggar lori imigresen: Identiti mangsa dikenal pasti - Polis

Tiga maut dilanggar lori imigresen: Mangsa berada di kawasan selamat sebelum dirempuh - Polis

Media melaporkan tiga pejalan kaki yang merupakan satu keluarga maut manakala seorang lagi cedera parah selepas dirempuh lori Black Maria JIM di Jalan Sultan Ismail pada kira-kira jam 1 pagi Rabu

Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori tanpa muatan itu yang sedang dalam perjalanan menuju ke Chow Kit bagi operasi pendatang tanpa izin, memandu masuk ke persimpangan ketika lampu isyarat berwarna merah dengan lampu suar (beacon) serta siren diaktifkan.

Kenderaan tugas rasmi itu kemudiannya bertembung dengan sebuah kereta Proton Saga yang bergerak lurus ketika lampu isyarat hijau, menyebabkan lori berkenaan hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh kesemua mangsa serta sebuah kereta Inokom Matrix.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama