Lelaki mengaku curi wang tunai, barang kemas jiran RM10,000

Iklan
Tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan dibacakan dibacakan terhadapnya. Foto: Sinar.

MELAKA – Seorang lelaki makan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini pada Rabu atas pertuduhan pilihan mencuri wang tunai dan barang kemas milik jirannya berjumlah RM10,000 minggu lalu.

Pok Zhen Wei, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin.

Iklan
Iklan

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri harta milik pengadu berusia 44 tahun di sebuah rumah di Taman Krubong Jaya pada 12 Ogos lalu antara jam 11 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Dia didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Iklan

Pegawai Pendakwa, Inspektor Nadzir Abdul Rahman mencadangkan jaminan RM8,000.

Tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan dibacakan dibacakan terhadapnya. Foto: Sinar.

Iklan

Bagaimanapun peguam, Umar Zulkarnain mewakili tertuduh memohon jumlah jaminan lebih rendah atas alasan anak guamnya hanya bekerja sebagai pembantu kedai makan di sebuah medan selera.

Dengan upah RM400 seminggu tertuduh menanggung ibu bapanya yang masing-masing berusia 67 dan 69 tahun.

Mahkamah membenarkan ikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 September depan untuk sebutan semula bagi fakta dan hukuman.