Keputusan SPMU Tahun 2026 dikeluarkan esok - KPM

Iklan
KPM memaklumkan sebanyak 12,974 calon telah menduduki SPMU bagi 2026 di 188 pusat peperiksaan seluruh negara.

PUTRAJAYA - Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2026 akan dikeluarkan esok (20 Ogos), menurut Kementerian Pendidikan (KPM).

Dalam satu kenyataan, KPM memaklumkan sebanyak 12,974 calon telah menduduki peperiksaan itu bagi 2026 di 188 pusat peperiksaan seluruh negara.

Iklan
Iklan

Calon boleh membuat semakan keputusan peperiksaan SPMU Tahun 2026 secara dalam talian melalui pautan myresultspmu.moe.gov.my bermula jam 10 pagi esok hingga 26 Ogos iaitu pada jam 6 petang.

"KPM mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon atas keputusan peperiksaan SPMU bagi tahun 2026,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Iklan
Iklan