Najib ikrar bantu selesai masalah pemandu teksi
Iklan
Najib
KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berikrar untuk turun padang bagi membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pemandu teksi di negara ini.
Jelas beliau, pada zaman pentadbirannya, kerajaan BN telah berusaha membantu golongan itu sebaik mungkin termasuk mencari formula untuk menyelesaikan isu e-hailing yang mendatangkan masalah kepada pemandu teksi.
Iklan
Iklan
"Kita ada program istimewa untuk pemandu teksi ketika itu, contohnya kita beri geran RM5,000 kepada pemandu teksi untuk beli teksi baru... kita juga beri tayar percuma dan juga Bantuan Kos Sara Hidup (BR1M). Kita tetap cari formula untuk selesaikan pemandu teksi,” katanya pada sidang media di rumahnya di sini hari ini.
Terdahulu beliau menerima kunjungan daripada pengasas Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail dan beberapa wakil-wakil pemandu teksi.
Iklan
Najib berkata, ketika pertemuan itu beliau turut mendengar keluhan daripada pemandu teksi yang tidak berpuas hari dengan perkhidmatan e-hailing terutamanya yang mengambil dan menurunkan penumpang di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).
"Blue Taxi lahirkan rasa tak senang hati pada e-hailing. Syarat-syarat yang ditetapkan kerajaan kepada Grab juga terlalu longgar. Mereka boleh pakai seluar pendek.
Iklan
"Selain itu, di KLIA seumpamanya Grab boleh tempatkan kereta di situ sebagai hab dan kalau kita lihat tafsiran e-hailing, tak boleh tempatkan kereta di situ, dia kena bergerak. Bila ada keperluan baru datang. Tapi di KLIA seolah-olah dia (Grab) jadi perkhidmatan teksi,” ujar beliau.
Dalam pada itu, Najib menggesa supaya kerajaan PH pertimbangkan untuk memberikan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) kepada setiap pemandu teksi kerana golongan itu berpendapatan tidak menentu untuk memiliki rumah.
"Inilah yang mereka tak puas hati dan selain itu kebajikan mereka, khususnya perumahan, banyak mereka tak dapat PPR, walaupun dah mohon tapi tak dipertimbangkan.
"Saya ingat ini tak adil pada mereka kerana mereka rakyat Malaysia yang bekerja keras, kerja waktu begitu panjang memerlukan rumah dengan bayaran habis minimum kerana pendapatan mereka tak menentu.
"Saya berpendapat bahawa kerajaan patutlah pertimbangkan dan beri rumah-rumah PPR kepada pemandu teksi,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kecurian kabel rel: Ada keperluan mendesak pinda undang-undang - Menteri"><meta itemprop="description" content="Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengakui terdapat keperluan mendesak untuk meneliti dan meminda peruntukan undang-undang sedia ada berhubung kes kecurian komponen dan kabel rel bagi memastikan hukuman yang dikenakan benar-benar memberi kesan pencegahan, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara berkenaan telah dibincangkan dalam satu pertemuan melibatkan semua operator perkhidmatan kereta api termasuk Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) yang merupakan pemilik projek East Coast Rail Link (ECRL) serta Prasarana Malaysia (Prasarana) baru- baru ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766625/berita/nasional/kecurian-kabel-rel-ada-keperluan-mendesak-pinda-undang-undang---menteri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KDN #keskecuriankabelrel #SaifuddinNasution"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-03T10:15:09.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zz2oe1fWShFCdPxqE/x180"><meta itemprop="duration" content="P151S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x9z4rs8"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x9z4rs8"></script>