Tiga maut dilanggar lori imigresen: Polis tahan pemandu lori, pemandu kereta

Iklan
Polis menahan pemandu lori imigresen dan pemandu kereta Proton Saga yang terbabit dalam kemalangan maut di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail pada Rabu bagi membantu siasatan.- Gambar kecil (Fadil Marsus)

KUALA LUMPUR - Polis menahan pemandu lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur serta pemandu sebuah kereta Proton Saga yang terbabit dalam kemalangan maut di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail, di sini pada Rabu bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, permohonan reman terhadap kedua-dua lelaki terbabit telah dibuat pada pagi Khamis bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, polis turut meneliti beberapa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diperoleh dari lokasi kejadian selain sedang berusaha mendapatkan rakaman daripada pelbagai sudut bagi mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai insiden terbabit.

"Kita juga cuba mendapatkan CCTV dari setiap sudut kerana di Kuala Lumpur kita dilengkapi dengan CCTV yang mencukupi dan saya rasa ia memadai untuk mendapatkan gambaran mengenai keadaan kejadian itu.

Iklan

"Berdasarkan siasatan dan pengamatan rakaman CCTV semasa kejadian, kedudukan keluarga itu berada adalah di kawasan selamat untuk melintas jalan namun mereka dirempuh lori JIM," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga sekeluarga maut dilanggar lori imigresen

Iklan

Anwar arah JIM siasat segera kemalangan lori imigresen

Tiga maut dilanggar lori imigresen: JIM serah siasatan kepada polis

Tiga sekeluarga maut asal Perak, dipercayai sedang bercuti di KL

Tiga beranak maut: JIM laksana siasatan dalaman aspek pematuhan prosedur pengoperasian kenderaan

Difahamkan, empat sekeluarga itu sedang berada di pembahagi jalan, lampu isyarat Jalan Sultan Ismail dari arah Medan Tuanku berhadapan dengan Maju Junction menuju ke arah Jalan Chow Kit, jam 1 pagi Rabu.

Pada masa sama, lori JIM yang datang dari arah bangunan Wisma FGV, Jalan Sultan Ismail dengan menyalakan lampu beacon, secara tiba-tiba memasuki Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) ketika lampu isyarat masih merah, sebelum dilanggar oleh sebuah kereta Proton Saga, yang datang dari arah Chow Kit menuju ke arah Maju Junction.

Akibat rempuhan itu, tiga daripada ahli keluarga terbabit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, tiga daripada empat sekeluarga maut selepas dirempuh sebuah lori JIM yang sedang dalam perjalanan untuk mengambil Orang Kena Tahan (OKT) dalam satu operasi di Chow Kit.