Pahang noktahkan miskin tegar, pangkas kemiskinan 30 peratus.

Iklan
Wan Rosdy Wan Ismail

KUANTAN - Pahang menoktahkan miskin tegar apabila kesemua 2,913 Ketua Isi Rumah (KIR) yang direkodkan dalam 'lock figure' pada 15 Januari lalu berjaya dikeluarkan daripada status tersebut.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, lebih membanggakan, Pahang turut berjaya memangkas kemiskinan sebanyak 30 peratus, apabila 4,263 daripada 14,210 KIR yang berstatus miskin pada 5 Jun lalu telah berjaya dikeluarkan daripada kelompok tersebut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kategori miskin tegar merujuk kepada isi rumah berpendapatan perkapita di bawah RM372 sebulan di bandar dan RM345 di luar bandar.

"Kategori miskin pula merujuk kepada pendapatan perkapita kurang daripada RM790 sebulan di bandar dan RM714 di luar bandar.

Iklan

Wan Rosdy berkata, semua perlu memahami bahawa data dalam Sistem eKasih bersifat dinamik dan sentiasa berubah mengikut keadaan sosioekonomi sesebuah isi rumah.

Katanya, perubahan pendapatan, kehilangan pekerjaan, pertambahan atau pengurangan ahli isi rumah termasuk anak-anak KIR yang berpindah keluar kerana berkahwin atau mendapatkan pekerjaan boleh mempengaruhi status sesebuah keluarga.

Iklan

"Justeru, pencapaian ini bukan bermakna usaha membasmi kemiskinan telah selesai sebaliknya ia menuntut tindakan, pemantauan dan intervensi yang berterusan.

"Antara faktor utama menyumbang kepada kejayaan ini antaranya penyampaian pelbagai bentuk bantuan, inisiatif serta intervensi bersasar oleh kerajaan negeri, Kerajaan Persekutuan dan agensi-agensi berkaitan di samping perubahan pendapatan dan saiz isi rumah," ujarnya.

Justeru katanya, kerajaan negeri akan terus bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan, agensi bantuan, pihak berkuasa tempatan, wakil rakyat dan pemimpin masyarakat bagi memastikan setiap keluarga yang masih berada dalam kategori miskin dan miskin tegar dalam senarai eKasih terus dibantu mengikut keperluan masing-masing.

"Kita bukan sekadar mahu mengeluarkan rakyat daripada status kemiskinan, tetapi lebih penting memastikan mereka mampu berdikari, mempunyai sumber pendapatan yang lebih kukuh dan menikmati kehidupan yang lebih sejahtera.

"Insya-ALLAH, kerajaan negeri akan terus memperkukuh pendekatan memangkas kemiskinan ini demi memastikan kemakmuran dan kesejahteraan dapat dirasai oleh seluruh rakyat Pahang," katanya.

Tambah beliau, kerajaan Pahang terus komited membasmi kemiskinan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat melalui pendekatan yang menyeluruh, bersasar dan berterusan.