Lima kawasan di Sarawak catat tahap tidak sihat

Iklan
Lima kawasan di Sarawak merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat setakat jam 9 pagi ini. Foto fail Bernama

KUALA LUMPUR - Lima kawasan di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 9 pagi ini.

Menurut data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), Serian merekodkan bacaan tertinggi iaitu 156, diikuti Kuching (154), Sri Aman (152), Samarahan (113) dan Mukah (106).

Iklan
Iklan

Sementara itu, sebanyak 58 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan pada tahap sederhana, iaitu antara 51 hingga 100 manakala lima kawasan lagi mencatatkan kualiti udara baik (bawah 50).

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala IPU melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya.

Iklan
Iklan

Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan bacaan daripada 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara. - Bernama