SHAH ALAM - Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari menyindir kenyataan Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo yang menggesa kerajaan memperkenalkan undang-undang khas bagi menjamin semua ahli Parlimen termasuk pembangkang menerima peruntukan sama rata.
Menerusi satu hantaran di media sosialnya, Ahli Parlimen Pasir Mas itu secara sinis berkata, beliau bersetuju dengan cadangan tersebut.
Iklan
Iklan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mengumumkan tambahan RM1 juta peruntukan disalurkan bagi setiap kawasan Parlimen.
Beliau berkata, peruntukan itu tidak disalur menerusi ahli Parlimen, sebaliknya menerusi agensi bertanggungjawab untuk menyelesaikan permasalahan rakyat di kawasan masing-masing.
Pengumuman Anwar itu mendapat reaksi pelbagai terutama dalam kalangan ahli Parlimen pembangkang hang menuntut supaya peruntukan tersebut bukan bersifat politik.
Sebelum itu, MCA mengulangi pendirian bahawa peruntukan tambahan tersebut harus disalurkan secara adil tanpa mengambil kira parti diwakili wakil rakyat termasuk pembangkang.
Naib Presidennya, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng berkata, gesaan berkenaan juga selari dengan seruan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini untuk memberi peruntukan kawasan yang sama rata bagi wakil rakyat kerajaan dan pembangkang.