KUANTAN - Kira-kira 50,000 akaun pengguna di daerah ini terjejas susulan paip pecah berhampiran Tanah Perkuburan Bukit Rangin, di sini pada Selasa.
Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) memaklumkan bahawa paip bersaiz 1200mm MSCL telah pecah berhampiran kubur Bukit Rangin disebabkan kerja-kerja berkaitan Projek Rancangan Tebatan Banjir Pakej 3.
Pembaikan paip pecah akan dilakukan oleh kontraktor yang berkenaan.
Gangguan berkenaan bermula jam 12.30 tengahari, Selasa dan dijangka berlanjutan sehingga Rabu.
"Antara kawasan terlibat ialah Jalan Kuantan Bypass termasuk Permatang Badak, Kampung Pandan, Sungai Isap, Taman Bukit Rangin, Kampung Bukit Rangin, Kampung MPK, Kampung Chendering dan Taman Desa Mesra.
"Turut terjejas ialah kawasan sepanjang Jalan Kuantan-Gambang termasuk Taman Sepakat, Kampung Batu 3, Tanah Putih, Medan Warisan, sebahagian Sri Teruntum, Kampung Kurnia, Kampung Belukar, KUIPSAS, Sri Damai, Jaya Gading, Taman Guru, Taman Tas, Pandan Jaya dan Kampung Lubuk Puyu," katanya menerusi kenyataan itu.
Menurut kenyataan tersebut, beberapa kawasan lain seperti Taman Inderapura, Taman Indera Sempurna, Inderapura Jaya, Kampung Soi, Kampung Kempadang, Kampung Pahang, Kampung Sepat, Kuantan Jaya, Kampung Penor, Penjara Penor, Ubai dan Cheruk Paloh turut terjejas.
Sehubungan itu, pengguna yang mempunyai pertanyaan atau ingin membuat aduan boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan PAIP di talian 09-573 9999.