[VIDEO] Polis masih kesan pemilik bagasi merah jambu di ICQS Bukit Kayu Hitam

Iklan

SUNGAI PETANI - Polis Kedah membuka Kertas Inkuiri Polis (KEP) bagi mengenal pasti pemilik bagasi merah jambu yang ditinggalkan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, kira-kira dua minggu lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, siasatan turut menjurus kepada tujuan bagasi itu ditinggalkan sama ada sengaja berbuat demikian atau sebaliknya.

Iklan
Iklan

"Dalam konteks kejadian ini, tidak ada ugutan, nota, ancaman panggilan bom, apa semua, tidak ada, tetapi keadaan ditinggalkan itu mencurigakan. Kita scan, kita tengok ada eksplosif, mendatangkan sedikit kegemparan, jadi kita nak tahu siapa pemilik beg ini, apa tujuan dia tinggalkan, sama ada disengajakan ataupun tak sengaja.

"Macam saya kata, apabila kita buka, kita panggil forensik, tidak ada sebarang identiti kepada pemilik. Jadi setakat ni saya gesa kepada pihak-pihak di luar sana, kalau ada pemilik beg ini, jumpalah polis berdekatan. Kita nak tahu sebab apa ditinggalkan," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian kepada media selepas pelepasan konvoi 'Charity Ride' Polis Diraja Malaysia bersama Ipoh Superbike's Club (ISBC) sempena sambutan Hari Polis ke-219 dan sambutan Ambang Merdeka ke-69 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di sini pada Selasa.

Sebelum ini, media melaporkan, penemuan bagasi yang ditinggalkan di ruang pemeriksaan ICQS pada hari kejadian kira-kira jam 5.55 petang menimbulkan panik dalam kalangan kakitangan dan pengunjung yang melepasi laluan itu.

Iklan

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Mohd Radzi Abdul Rahim berkata, selepas imbasan dilakukan, pihak Kastam mendapati imej terbabit mengandungi bahan yang disyaki dadah dan bahan letupan.

Mohd Radzi berkata, Kompleks ICQS juga ditutup dari jam 9.30 hingga 11.30 malam untuk proses 'neutralise' oleh Unit Pemusnah Bom, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah susulan kejadian.

Bagaimanapun, Adzli berkata, pemeriksaan lanjut dalam beg mendapati terdapat barangan wanita, kosmetik, ubat gigi dan barangan runcit.