MELAKA – Seorang pengarah syarikat percetakan direman lima hari selepas disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butiran matan palsu berkaitan tuntutan pembayaran perkhidmatan mereka bentuk, mencetak dan membekalkan buku ‘coffee table’ membabitkan bekas pemimpin tertinggi negeri dianggarkan bernilai RM100,000.
Perintah reman terhadap lelaki berusia lingkungan 60-an itu dikeluarkan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman sehingga 22 Ogos 2026, selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka di Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada Selasa.