Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri

Iklan
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa kawasan di tiga negeri sehingga petang ini.

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa kawasan di tiga negeri sehingga petang ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan pada Selasa memaklumkan amaran berkenaan melibatkan beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Iklan
Iklan

Di Kedah, kawasan yang terjejas ialah Kuala Muda, Baling, Kulim, Bandar Baharu, Sik dan Langkawi, manakala di Pulau Pinang membabitkan Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Utara.

Sementara itu, di Perak, amaran sehingga jam 3 petang melibatkan Kerian, Larut Matang dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Hilir Perak serta Bagan Datuk.

Iklan

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Batang Padang, Muallim, Kampar dan Kinta di Perak sehingga jam 4 petang.

MetMalaysia menasihatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap keadaan cuaca berkenaan dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca.

Iklan