Ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri di Semenanjung

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Semenanjung pada Selasa. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri serta Kua aLumou dan Wilayah Persekutuan beberapa kawasan di Semenanjung hingga 12 tengah hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan yang terlibat ialah Kuala Muda dan Yan di Kedah; seluruh Pulau Pinang; Bagan Datuk di Perak serta Klang, Kuala Langat, Sepang, Kuala Selangor, Petaling, Sabak Bernam dan Gombak di Selangor.

Iklan
Iklan

Kawasan lain yang turut terjejas ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Sementara itu, amaran sama turut dikeluarkan bagi beberapa kawasan lain di Perak hingga 1 tengah hari melibatkan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Perak Tengah serta Hilir Perak. - Bernama

Iklan

 

 

Iklan