Dua maut dalam kejadian tembakan di sekolah Filipina

Iklan
Suspek, seorang pelajar Gred 7, memasuki sekolah dengan membawa sepucuk raifal dan sepucuk pistol sebelum melepaskan tembakan ke arah pelajar serta guru. Gambar hiasan

MANILA - [DIKEMAS KINI]  Dua maut termasuk suspek, manakala sembilan lagi cedera dalam kejadian tembakan di kampus Junior High School Ateneo de Zamboanga University di Zamboanga City, Filipina pada pagi Selasa, lapor Xinhua yang memetik datuk bandar tempatan.

Datuk Bandar Zamboanga City, Khymer Adan Olaso berkata, kejadian itu berlaku kira-kira 8.30 pagi di kampus berkenaan.

Iklan
Iklan

Suspek, seorang pelajar Gred 7, memasuki sekolah dengan membawa sepucuk raifal dan sepucuk pistol sebelum melepaskan tembakan ke arah pelajar serta guru dan kemudian menembak dirinya sendiri.

Seorang mangsa disahkan maut, manakala sembilan yang lain dibawa ke hospital.

Iklan

Kampus itu ditutup susulan kejadian berkenaan, manakala ibu bapa mula datang untuk mengambil anak masing-masing, menurut datuk bandar berkenaan.

Polis tempatan sedang menyiasat kejadian bagi mengenal pasti motif suspek. Bernama-Xinhua

Iklan