Syaitan tumpang tidur di atas tilam

Iklan
SYAITAN akan tidur di atas tilam yang disediakan tanpa tujuan atau untuk bermegah-megah seperti dimaksudkan dalam sepotong hadis.

Soalan

Kami mempunyai adik-beradik yang ramai dan oleh sebab itu ibu bapa menyediakan banyak bilik untuk kami. Namun ada pendapat mengatakan syaitan akan menumpang tidur di atas tilam yang biliknya tidak digunakan, benarkah pendapat ini?

Iklan
Iklan

Jawapan

Kebiasaannya rumah ibu bapa atau datuk nenek kita akan mempunyai banyak bilik kerana ramainya bilangan anak mereka.

Iklan

Apabila anak-anak sudah meningkat dewasa dan sudah berkahwin, ada antara mereka yang tidak lagi tinggal bersama.

Bagaimanapun, bilik-bilik yang dibina ini ada tujuannya dan ia bukan untuk bermewah.

Iklan

Ia merujuk kepada hadis, Jabir bin Abdillah RA meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda: “Tempat tidur bagi seorang lelaki (suami), tempat tidur bagi isterinya, yang ketiga untuk tetamu dan yang keempat untuk syaitan.” (Hadis Riwayat Muslim)

Berdasarkan kepada hadis ini, jelas ia merujuk kepada katil atau tilam yang berlebih-lebihan tanpa tujuan untuk digunakan dan sekadar untuk menunjuk atau bermegah.

Imam Muslim meletakkan hadis ini dalam bab makruh sesuatu daripada tempat tidur atau pakaian yang melebihi keperluan.

Tambah Imam An-Nawawi, adapun memiliki beberapa katil sama ada tujuan untuk ibu bapa, anak lelaki dan perempuan, katil ketika sakit atau katil untuk tetamu, maka ia dibenarkan dan tidak tergolong dalam katil untuk syaitan.