Tinggal Shah Alam tapi tak layak digelar orang Shah Alam

Iklan
Mengikut taburan zon, Seksyen 1 hingga Seksyen 24 merupakan Shah Alam tengah.

MERAK Jalanan terbaca satu komen dalam Threads yang menyebut kalau tinggal di Seksyen 33 atau U18, jangan mengaku tinggal di Shah Alam.

Katanya Shah Alam hanya Seksyen 1 hingga Seksyen 24. Siap disenaraikan lagi kawasan yang ‘layak’ mengaku Shah Alam.

Iklan
Iklan

Melihat reaksi dalam Threads itu, ramai tidak bersetuju pandangan individu tersebut seolah-olah 'lebih Shah Alam’ daripada orang lain, seolah-olah sempadan seksyen menjadi ukuran darjat.

Mengikut taburan zon, Seksyen 1 hingga Seksyen 24 merupakan Shah Alam tengah. Shah Alam selatan pula meliputi Seksyen 25 hingga Seksyen 36, sementara Shah Alam utara mempunyai 20 seksyen yang bertanda awalannya U.

Iklan

Boleh jadi individu itu sekadar gurauan. Sebelum ini pun Merak Jalanan pernah dengar ada orang berseloroh, tinggal di Gombak jangan mengaku orang Kuala Lumpur. Katanya Gombak kawasan di pinggir, bukan masuk dalam ibu kota.

Tapi bagi pandangan Merak Jalanan yang pernah bekerja dan tinggal di Shah Alam, kalau mahu berbangga dengan kawasan sendiri, tiada siapa menghalang.

Iklan

Tetapi jangan pula sampai merendah-rendahkan kawasan lain seolah-olah ada sijil pengiktirafan untuk menjadi ‘terpaling' orang Shah Alam.

Lagipun semua hidup dalam bandar yang sama. Jalan digunakan bersama, kemudahan awam digunakan bersama dan bayar cukai kepada pihak berkuasa tempatan yang sama.

Jadi, tak perlulah nak berlumba-lumba mengaku siapa paling original. Kalau sudah tinggal dalam bandar raya ini, biarlah kita sama-sama rasa menjadi sebahagian daripada warganya. Tak perlulah wujudkan kasta hanya kerana berbeza nombor seksyen.