Kongres PKR 2026: 'Baharui tekad perjuangan agenda rakyat' - Fahmi

Iklan
Fahmi - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2026 yang melabuhkan tirainya pada Ahad menjadi medan memperbaharui tekad perjuangan dan memperkukuh gerak kerja parti dalam memastikan agenda perjuangan terus memberi manfaat kepada rakyat.

Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, kongres yang berlangsung selama dua hari itu bukan sekadar medan untuk berucap dan berbahas, malah menjadi ruang untuk bermuhasabah, mendengar suara akar umbi, menilai kekuatan, kelemahan parti serta memperbaharui tekad perjuangan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, amanat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi peringatan jelas bahawa perjuangan reformasi mesti berterusan dan kekuatan parti perlu sentiasa berpaksikan kepada kepentingan rakyat.

"Cabaran politik akan terus datang, tetapi Keadilan mesti kekal teguh dengan prinsip dan agenda perjuangan rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Iklan
Iklan

Fahmi berkata, meskipun kongres telah berakhir, tanggungjawab jentera parti masih berterusan dengan anggota parti itu perlu kembali bekerja lebih kuat, mendengar dan memastikan perjuangan itu terus membawa manfaat. - Bernama