Penunggang maut, teman wanita cedera motosikal terbabas

Iklan
Motosikal dinaiki kedua-dua mangsa hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan di KM2.4, Jalan Kluang - Teck Wa Hing pada Ahad.

KLUANG - Seorang penunggang motosikal maut manakala teman wanitanya cedera selepas motosikal dinaiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer (KM) 2.4, Jalan Kluang - Teck Wa Hing di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, ketika kejadian jam 5.30 pagi itu, kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari Simpang Renggam menghala ke Bandar Kluang.

Iklan
Iklan

“Motosikal dinaiki mereka hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan sebelah kiri.

“Penunggang motosikal berusia 21 tahun yang mengalami kecederaan parah di muka, dada dan badan, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Iklan

“Teman wanitanya berusia 16 tahun yang cedera di kepala dan pinggul segera dikejarkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom dan masih menerima rawatan di Zon Kuning,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Iklan