11 maut dalam serangan dahsyat Israel di selatan Lubnan

Iklan
Kemusnahan akibat serangan Israel di selatan Lubnan yang setakat ini dilapor telah mengorbankan sekurang-kurangnya 11 nyawa. Foto: Agensi

BEIRUT – Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dalam serangan Israel di selatan Lubnan yang disifatkan antara serangan paling dahsyat sejak gencatan senjata yang dipersetujui pada Jun lalu.

Serangan itu berlaku ketika ketegangan di rantau berkenaan terus memuncak susulan konflik melibatkan Iran, Israel dan Amerika Syarikat (AS).

Iklan
Iklan

Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi pula berkata, Teheran masih meneruskan rundingan dengan Oman berhubung laluan perkapalan di Selat Hormuz.

Bagaimanapun, beliau memberi amaran bahawa pembukaan semula laluan air strategik itu bergantung kepada kesediaan AS mematuhi memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani pada Jun.

Iklan

Selat Hormuz merupakan laluan penting bagi perdagangan minyak dunia dan sebarang gangguan terhadap operasi perkapalan di kawasan itu boleh memberi kesan terhadap bekalan serta pasaran tenaga global.

Sementara itu, kapal pengangkut pesawat USS George Washington dilaporkan telah meninggalkan Vietnam menuju ke Timur Tengah bagi penugasan yang dijangka berlaku tidak lama lagi.

Iklan

Kapal tersebut dijangka menggantikan USS Abraham Lincoln di rantau tersebut susulan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap keadaan di atas kapal berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Qatar menafikan dakwaan bahawa negara itu menahan tiga juruterbang pengebom Iran selepas pesawat mereka terhempas di negara Teluk berkenaan pada awal perang yang dilancarkan AS dan Israel.

Perkembangan itu berlaku ketika ketegangan di Asia Barat terus meningkat, dengan beberapa pihak berusaha mencari jalan bagi meredakan konflik dan memastikan laluan perkapalan strategik kekal terbuka. - Agensi