Padah 'sentuh’ ibu Vijay

Iklan
Vijay

CHENNAI – Politik Tamil Nadu sekali lagi menjadi perhatian selepas Presiden Parti Bharatiya Janata (BJP) negeri itu, Nainar Nagendran dikritik hebat susulan kenyataannya yang didakwa menyentuh ibu Ketua Menteri, C Joseph Vijay.

Kontroversi itu tercetus sebagai reaksi terhadap sindiran Vijay sebelum ini yang mempersoalkan 'di mana ayah kamu' ketika mengkritik pemimpin Parti Dravida Munnetra Kazhagam (DMK), Udhayanidhi Stalin dalam Dewan Undangan Negeri.

Iklan
Iklan

Parti Tamilaga Vettri Kazhagam (TVK) yang dipimpin Vijay mengecam kenyataan itu sebagai menghina dan tidak wajar dikeluarkan oleh seorang pemimpin politik.

Menteri Pendidikan Sekolah Tamil Nadu, Rajmohan berkata, Nagendran sepatutnya menjaga maruah jawatan yang disandang dan berbahas secara berhemah.

Iklan

Malah, bekas Presiden BJP Tamil Nadu, K Annamalai turut mengkritik kenyataan tersebut dengan menyifatkannya sebagai melanggar sempadan kesantunan politik.

Menurutnya, perbezaan pendapat dan kritikan terhadap dasar kerajaan boleh dilakukan tanpa menghina ahli keluarga lawan politik.

Iklan

Dalam kenyataan di platform X, Annamalai berkata, politik berasaskan penghinaan terhadap ibu atau keluarga sudah ketinggalan zaman dan tidak wajar dijadikan contoh kepada generasi muda Tamil Nadu.

Nagendran bagaimanapun menafikan beliau menyasarkan mana-mana individu sebaliknya mendakwa ucapannya ketika majlis pelancaran buku Oru Naadu 2.0 telah diputar belit untuk meraih keuntungan politik.

Polemik itu menambah ketegangan hubungan antara TVK dan DMK selepas beberapa insiden sebelum ini turut menyaksikan pertikaman lidah melibatkan Vijay dan Udhayanidhi Stalin sehingga mencetuskan kritikan daripada sekutu politik masing-masing. - Agensi