PRN Melaka: Abang Dr Akmal Saleh antara 15 calon Bersama

Iklan
Dr Muhammad Solehin diumumkan bakal bertanding bagi kerusi DUN N24 Bemban.

MELAKA - Abang Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh antara 15 calon diumumkan Parti Bersama Malaysia (Bersama) bertanding PRN Melaka.

Dr Muhammad Solehin Saleh, 40, diumumkan bakal bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N24 Bemban.

Iklan
Iklan

Dr Muhammad Solehin merupakan seorang doktor perubatan dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kedoktoran Umum daripada Universitas Sriwijaya, Indonesia.

Beliau memiliki klinik perubatan sendiri yang beroperasi sejak 2017 di Merlimau dan Muar.

Iklan

Pengasas Bersama, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, pengumuman itu menjadikan parti berkenaan yang terawal mengumumkan calon serta kerusi yang bakal ditandingi pada PRN Melaka.

Semua 15 daripada 28 DUN yang akan ditandingi ialah Kuala Linggi, Rembia, Gadek, Machap Jaya, Sungai Udang, Paya Rumput dan Klebang.

Iklan

Turut sama ialah DUN Pengkalan Batu, Ayer Keroh, Bukit Katil, Kesidang, Kota Laksamana, Telok Mas, dan Serkam.