‘Kita duduk semeja, tapi di Johor ditikam dan Negeri Sembilan dipancung UMNO' - Ahmad Danish

Iklan
Ahmad Danish membahaskan ucapan dasar Presiden pada Kongres Nasional Keadilan 2026 pada Sabtu.

AYER KEROH - Parti Keadilan Rakyat (PKR) diminta membuat keputusan politik berhubung hubungan parti itu dengan Barisan Nasional (BN) bagi membolehkan parti dan akar umbi bergerak ke hadapan.

Wakil dari Selangor, Ahmad Danish Hairudin berkata, jangan terlalu sibuk menjaga hati orang lain sehingga terlupa menjaga hati keluarga sendiri.

Iklan
Iklan

"Maka biarlah Kongres Nasional Keadilan 2026 menghantar satu mesej yang jelas iaitu kepada yang setia, kita hargai, kepada yang berkawan, kita hormati.

Ini kerana katanya, BN bersama Pakatan Harapan(PH) dalam Kerajaan Perpaduan, tetapi di medan politik saling berlawanan.

Iklan

Jelasnya, persahabatan dalam politik sepatutnya mempunyai batas dan maruah.

“Hari ini UMNO berada bersama kita dalam Kerajaan Perpaduan. Kita duduk semeja. Kita berkongsi pentadbiran. Kita mempertahankan kerajaan yang sama.

Iklan

“Kita menerima mereka sebagai rakan kerana negara memerlukan kestabilan. Tetapi persahabatan politik mestilah mempunyai batas dan maruah," katanya.

Menurutnya, maruah PKR bukan sesuatu yang boleh dikorbankan demi kestabilan politik semata-mata.

Tambahnya, jangan ketika berada di dalam kerajaan dipanggil sebagai sahabat, tetapi apabila waktu pilihan raya menjadi musuh.

“Maruah Keadilan bukan harga yang boleh dibayar untuk membeli kestabilan.

“Jangan ketika berada dalam kerajaan, kita dipanggil sahabat tetapi apabila tiba pilihan raya, musuh kepada Keadilan pula dirangkul sebagai teman,” katanya.

Danish berkata, itu bukan bermaksud parti berkenaan meminta UMNO tunduk kepada PKR atau membubarkan identiti perjuangannya.

Namun jelas beliau, apa yang berlaku dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan tidak boleh didiamkan.

“Kita tidak meminta UMNO tunduk kepada KEADILAN. Kita tidak meminta UMNO membubarkan identiti perjuangan mereka.

“Di Johor kita ditikam UMNO. Di Negeri Sembilan kita dipancung UMNO dalam keadaan kita duduk serumah. Adakah kita masih mahu berdiam diri?” katanya.