'Bentuk Kerajaan Perpaduan bukan keputusan sia-sia' - Anwar

Iklan
Anwar berucap sempena Kongres Nasional Keadilan 2026 di MITC pada Sabtu.

AYER KEROH - Keputusan Pakatan Harapan (PH) membentuk Kerajaan Perpaduan bersama parti-parti lain termasuk Barisan Nasional (BN) adalah satu keputusan yang baik, kata Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar bagaimanapun mengakui ia bukan satu perjalanan yang mudah, namun keputusan itu bukan sesuatu yang sia-sia.

Iklan
Iklan

“Alhamdulillah, pada tahun 2022, kita diberikan mandat. Jadi dengan kekuatan induk Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah), kita ambil keputusan bersama dalam gabungan lebih besar.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Kongres Nasional Keadilan 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini pada Sabtu.

Iklan

Perdana Menteri turut mengakui bukan mudah untuk melakukan setiap perubahan seperti yang diuar-uarkan sesetengah pihak kerana perlu mengambil kira pelbagai faktor.

“Ini bukan PKR yang menjadi induk yang memerintah semuanya, tapi parti yang mesti berunding.

Iklan

"Bila kita pegang pemerintahan, semua harus dipertimbangkan. Bukan saja oleh kita, tapi juga rakan-rakan lain,” katanya.

Justeru, beliau menasihatkan semua pihak supaya tidak tergesa-gesa dalam menuntut perubahan.

Tambahnya, jika tersilap percaturan ia boleh menyebabkan ketidakstabilan politik dan negara.

“Sebab itu jangan gopoh. Kita boleh merentas dan memecahkan tembok penghalang, tapi tidak menjamin kestabilan politik dan keselamatan negara.

“Jadi kepada rakan-rakan yang menuntut perubahan, silakan, tetapi terima kenyataan bahawa perubahan telah dilakukan,” katanya.