Polis siasat punca dua pelajar MRSM hilang

Iklan
Fadil berkata, punca dan keadaan berkaitan kejadian ini masih dalam siasatan polis.

KUALA LUMPUR - Polis masih menyiasat punca berkaitan kehilangan dua pelajar Tingkatan Empat Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Alor Gajah, Melaka yang ditemui semula di kawasan Central Market di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kedua-dua pelajar berusia 16 tahun itu ditemui polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah kira-kira jam 10.30 malam.

Iklan
Iklan

"Kedua-dua pelajar berkenaan sebelum itu dilaporkan kurang sihat dan mendapatkan rawatan di sebuah Klinik Kesihatan berhampiran.

"Selepas ditemui, kedua-duanya dibawa untuk menjalani pemeriksaan kesihatan lanjut di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum diserahkan kembali kepada pihak keluarga," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan polis menerima laporan berhubung kehilangan kedua-dua pelajar berkenaan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ahmad Abu Bakar berkata, laporan dibuat oleh guru pada jam 10.46 malam pada 11 Ogos lalu.

Iklan

Beliau berkata, kedua-dua pelajar berusia 16 tahun itu ialah Siti Nur Aaira Aidi dan Nur Aisy Humaira Mohd Saad.

Dalam pada itu, Fadil berkata, punca dan keadaan berkaitan kejadian ini masih dalam siasatan polis.