Mayat bayi tanpa kepala: Wanita 23 tahun direman

Iklan
Perintah reman bermula Ahad hingga 21 Oktober depan dikeluarkan Majistret Nur Athirah Hashim di Mahkamah Majistret Kuala Berang

HULU TERENGGANU - Seorang wanita berusia 23 tahun direman selama empat hari bagi membantu siasatan penemuan mayat bayi tanpa kepala di Taman Perumahan Padang Setengge di sini pada Jumaat.

​Perintah reman bermula Ahad hingga 21 Oktober depan dikeluarkan Majistret Nur Athirah Hashim di Mahkamah Majistret Kuala Berang di sini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan berhubung kes itu.

Iklan
Iklan

​Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintendan Sharudin Abdul Wahab memaklumkan suspek ditahan polis jam 3.30 petang pada Sabtu.

Beliau berkata, ​kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menyembunyikan kelahiran secara sulit dengan membuang mayat, sama ada bayi berkenaan meninggal dunia sebelum, semasa atau selepas dilahirkan.

Iklan

Jika ​sabit kesalahan boleh berdepan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.

​Sebelum ini, kes itu terbongkar apabila seorang wanita lain dilaporkan menemui mayat bayi yang hanya tinggal sebelah tangan dan kedua-dua kaki sewaktu sedang membasuh pakaian di belakang rumahnya di lokasi sama sebelum memaklumkan perkara itu kepada JKKK Perumahan Padang Setengge.

Iklan

​Keputusan bedah siasat dijalankan di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu mengesahkan mangsa telah meninggal dunia melebihi 24 jam sebelum ditemui.