Berang jadi 'sticker' ejekan, lelaki bawa 40 liter petrol mahu bakar pejabat

Iklan
Kebakaran itu memusnahkan sebahagian bilik mesyuarat yang menjadi sasaran 'amukan' pelaku. - Foto Agensi

KUTAI KARTANEGARA - Gara-gara tidak tahan dibuli, seorang lelaki nekad membawa 40 liter petrol ke pejabat sebelum cuba mencetuskan kebakaran besar.

Kejadian itu berlaku di Dinas Komunikasi dan Informatika (Diskominfo) Kabupaten Kutai Kartanegara (Kukar), provinsi Kalimantan Timur di Indonesia selepas dia didakwa membakar bilik mesyuarat pejabat berkenaan.

Iklan
Iklan

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Resort Kukar, AKP Elnath Splendidta Wafiq Gemilang mengesahkan kejadian tersebut.

Polis kini menyiasat motif dan kronologi kejadian pada pagi Selasa tersebut.

Iklan

Pelaku dikenali sebagai MA bekerja sebagai operator pusat panggilan di Diskominfo Kukar.

Berdasarkan siasatan awal, polis mengesyaki tindakan tersebut berpunca daripada konflik MA dengan persekitaran tempat kerjanya.

Iklan

Menurut Elnath, MA berang kerana sering menjadi bahan ejekan dan dibuli rakan sekerja.

Difahamkan, api yang tercetus dan memusnahkan sebahagian bilik mesyuarat itu berjaya dikawal oleh kakitangan Diskominfo bersama petugas Jabatan Pemadam Kebakaran dan Penyelamatan (Disdamkarmatan) Kukar sebelum ia merebak.

MA kini telah ditahan dan siasatan lanjut sedang dijalankan berdasarkan sejumlah barang bukti yang ditemui di lokasi kejadian dan mengambil keterangan beberapa saksi. - Agensi