Nahas lori tangki dan kereta: Mangsa rentung dipercayai wanita dan anak lelaki 12 tahun

Iklan
Pemandu dan penumpang rentung selepas kereta dinaiki dihempap lori tangki minyak yang terbalik sebelum kedua-dua kenderaan tersebut musnah terbakar. Foto: JBPM Pahang

TEMERLOH- Mangsa rentung dalam nahas kereta dihempap lori tangki minyak yang terbalik sebelum kedua-dua kenderaan tersebut musnah terbakar di Kilometer 9, Jalan Temerloh-Triang berhampiran Kampung Lebak, di sini pada Jumaat dipercayai wanita bersama anak lelakinya berusia 12 tahun.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, bagaimanapun pengesahan identiti kedua-dua mangsa itu akan dijalankan melalui perbandingan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) waris.

Iklan
Iklan

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Tindakan dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi pengesahan identiti mangsa," ujarnya.

Iklan

Beliau berkata, jenazah mangsa dibawa ke Hospital Sultan HajinAhmad Shah (HoSHAS), di sini dan proses bedah dijangka dijalankan pada Sabtu.

Terdahulu, media melaporkan pemandu dan penumpang rentung selepas kereta dinaiki dihempap lori tangki minyak yang terbalik sebelum kedua-dua kenderaan tersebut musnah terbakar dalam nahas kira-kira jam 4.30 petang itu

Iklan

Dalam kemalangan itu, pemandu lori tangki berusia 37 tahun terselamat apabila hanya mengalami kecederaan ringan.

Siasatan awal polis mendapati kemalangan itu berlaku ketika lori tangki membawa muatan 32,000 liter diesel dan petrol dalam perjalanan dari Seremban, Negeri Sembilan menghala ke Temerloh.

Ketika tiba di lokasi kejadian, kenderaan terbabit dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas masuk laluan bertentangan menyebabkan kereta dinaiki mangsa terlanggar bahagian sisi lori tangki tersebut.

Akibat kejadian lori terbabit terbalik menghempap kereta sebelum di kedua-duanya terbakar.

Pemandu dan penumpang tersepit dan rentung dalam kereta yang remuk