Dua lelaki ditahan dipercayai terlibat empat kes jenayah samun, pecah rumah

Iklan
Dennis

GEORGE TOWN – Polis menahan dua lelaki tempatan berusia 29 tahun yang dipercayai terlibat dalam empat kes jenayah termasuk pecah rumah, samun bersenjata dan pencerobohan di sekitar Tanjung Bungah, di sini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Dennis Lim Kwang Keng berkata, kedua-dua suspek ditahan dalam operasi khas pada Khamis di Machang Bubok dan Jalan Perda Timur, Bukit Mertajam.

Iklan
Iklan

Menurutnya, polis menerima empat laporan berkaitan kes pecah rumah, samun bersenjata, pencerobohan dan kecurian yang dipercayai menggunakan modus operandi sama antara 28 Julai hingga 2 Ogos lalu.

“Susulan laporan berkenaan, empat kertas siasatan dibuka membabitkan satu kes pecah rumah (Seksyen 457 Kanun Keseksaan), samun bersenjata (Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan), pencerobohan (Seksyen 448 Kanun Keseksaan) dan kecurian alat kawalan jauh pintu pagar automatik (Seksyen 379 Kanun Keseksaan).

Iklan

Beliau menambah, beberapa barangan kes yang dipercayai milik mangsa turut dirampas daripada suspek ketika tangkapan dilakukan.

“Kesemua suspek akan direman pada Jumaat bagi membantu siasatan lanjut dan proses siasatan masih diteruskan.

Iklan

“Polis Pulau Pinang memandang serius kes-kes berkenaan dan akan terus berusaha melaksanakan tugas serta tanggungjawab sebaik mungkin bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat,” katanya.