Dua pekerja kilang melecur, lori dan forklift terbakar

Iklan
Lori yang terbakar dalam kejadian di sebuah kilang memproses alat pembentung di Jalan Kampung Kokos, Batu 5 Segama, Lahad Datu.

LAHAD DATU - Dua pekerja kilang melecur dalam kebakaran melibatkan lori dan jentera berat jenis forklift di kawasan kilang memproses alat pembentung, di Jalan Kampung Kokos Batu 5 Segama, di sini pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang, mangsa berusia 20 tahun yang bekerja di bengkel kilang tersebut melecur 50 peratus manakala seorang lagi mangsa merupakan pemandu lori berusia 40 tahun mengalami kecederaan ringan.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.49 petang.

Katanya, seramai enam anggota dikejar ke lokasi yang terletak sejauh 24 kilometer dari BBP Lahad Datu.

Iklan

"Komander operasi melaporkan kejadian melibatkan sebuah lori 30 tan telah terbakar sebanyak 70 peratus dan sebuah forklift terbakar 100 peratus di dalam kawasan kilang memproses alat pembentung.

"Menurut maklumat daripada pekerja di lokasi, kedua-dua mangsa terkena letupan tangki diesel lori yang terbakar dan selepas letupan berlaku, minyak telah mengalir ke foklift dan menyebabkan jentera tersebut turut terbakar," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Iklan

Katanya lagi, turut terlibat dalam kebakaran tersebut ialah sebuah bangunan jenis tidak kekal.

"Pasukan bomba bertindak menjalankan operasi memadam kebakaran menggunakan sumber air daripada jentera bomba.

"Dua mangsa terlibat mengalami kecederaan dan melecur telah dihantar ke hospital oleh orang awam," katanya.

Sumsoa berkata, operasi kemudian ditamatkan pada jam 4.50 petang selepas memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian.