Pas Pahang sedia bertembung jika penyatuan ummah gagal
Iklan
Hantaran yang dimuatnaik di laman sosial oleh Rosli pada Isnin
KUANTAN – Pas Pahang bersedia bertembung dengan parti lain pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) sekiranya usaha penyatuan parti-parti Melayu tidak mendapat persetujuan.
Pesuruhjayanya, Datuk Rosli Abdul Jabar menegaskan, parti itu meletakkan penyatuan ummah sebagai pilihan utama, namun tidak menolak kemungkinan lain dijangka berlaku.
Iklan
Iklan
“Kalau sekiranya pihak UMNO tidak bersetuju ataupun parti-parti Melayu yang lain tidak bersetuju (dengan penyatuan ummah).
"Maka Pas Pahang juga bersedia untuk bertembung dengan mana-mana parti pada PRU16 yang akan datang, insya-Allah,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Selasa.
Iklan
Terdahulu, Rosli menerusi hantaran di laman Facebook miliknya turut menegaskan pendirian sama berhubung perkara tersebut.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Lumpur itu, Pas Pahang menyambut baik usaha Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang untuk menyatukan parti-parti Melayu khususnya UMNO di seluruh negara.
Iklan
Beliau berkata, usaha berkenaan bertujuan menyekat kemaraan DAP.
“Namun begitu, harapan kita samalah sebagaimana harapan Tuan Guru Presiden, agar berlakunya penyatuan ummah di seluruh negara,” katanya.
Ditanya mengenai perbincangan dengan BN, Rosli berkata, setakat ini pihaknya belum mengadakan sebarang perbincangan berhubung perkara tersebut.
Katanya, Pas Pahang turut melihat senario politik semasa termasuk apa yang berlaku di Johor dan Negeri Sembilan.
“Dan begitu juga bagi pihak Perikatan Nasional (PN), terutama Pas, telah mengajak secara rasmi parti-parti termasuk UMNO untuk bersama-sama bergabung atas nama penyatuan ummah.
“Jadi, setakat ini memang kita tidak ada sebarang perbincangan lagi dan insya-Allah, kita akan cubalah untuk melakukan perbincangan,” katanya.
Rosli menambah, pendirian rasmi Pas Pahang adalah memberi keutamaan kepada usaha mengadakan muafakat penyatuan ummah sekiranya UMNO bersetuju.
“Insya-Allah kalau sekiranya ada ruang perbincangan dengan BN di Pahang, insya-Allah kami bersedialah untuk sama-sama berbincang demi penyatuan ummah.
“Jadi kita Pas Pahang ini, kita bersedia pada bila-bila masa sahaja, insya-Allah,” jelasnya.
Menyentuh sudut jentera, Rosli memberitahu parti itu telah pun bersedia untuk berhadapan dengan PRU16.
“Dengan kemungkinan-kemungkinan senario politik yang berlaku sama ada berlakunya penyatuan ummah ataupun berlakunya pertembungan dengan parti-parti lain,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Jangan pukul rata semua Melayu-Islam sakau duit rakyat' - Radzi Jidin tegur Mohd Sany"><meta itemprop="description" content="'Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin menegur Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan supaya tidak 'pukul rata' orang Melayu-Islam dengan perbuatan individu yang melakukan kesalahan susulan kenyataannya bahawa salah laku atau penyelewengan seolah-olah tidak menjadi isu sekiranya dilakukan oleh orang Melayu-Islam.
Mohd Radzi yang juga Naib Presiden Bersatu berkata, sebarang kesalahan perlu dilihat berdasarkan perbuatan individu terbabit dan tidak wajar dikaitkan dengan keseluruhan masyarakat Melayu hanya kerana pelakunya berbangsa Melayu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791606/berita/politik/jangan-pukul-rata-semua-melayu-islam-sakau-duit-rakyat---radzi-jidin-tegur-mohd-sany
#SinarHarian #BeritaSemasa #dewanrakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-11T08:07:02.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P88S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xawsgtu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xawsgtu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xawsgtu"></script>