KOTA TINGGI - Seorang lelaki maut dalam satu kemalangan di Jalan Felda Bukit Besar-Bukit Ramun di sini jam 9.15 malam pada Isnin.
Ketua Polis daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, lelaki berusia 35 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y125 maut di tempat kejadian.
Iklan
Iklan
“Motosikal ditunggangnya terbabas sendiri ketika melalui jalan berkenaan.
“Akibatnya, mangsa cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.
Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk prosedur siasatan.
Kes masih dalam siasatan dan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.